PROGRAM BESAR

20 Feb 2013 : 8.30 pagi: Kejohanan Merentas Desa MSSD H.Perak ( Rendah ) 2013 . Bertempat di Trek Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu . Selamat Datang dan Selamat Bertanding semua peserta merentas desa seluruh Daerah Hilir Perak.

Jumaat, 28 September 2012

BERITA BAIK BUDGET 2013

BERITA BAIK BUDGET 2013 , BR1M , BAUCER BUKU, BANTUAN PERSEKOLAHAN , 1 SETENGAH BULAN BONUS, PELEPASAN CUKAI RM 6,000 DAN LALIN-LAIN.

Syukur Alhamdulillah ..... berita baik dan amat menggembirakan bagi semua rakyat Malaysia yang tercinta, imbuhan yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Saya petik beberapa reaksi pantas dari sumber-sumber akbar tempatan.


Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Utusan Malaysia  6.57 petang (Sumber Bernama)


Penjawat awam terima tambahan bonus satu bulan, pesara RM500
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu.
Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. 
 Berita Harian 7.11 petang (Sumber Bernama)

Foto : Asman Ibrahim (28/09/2012)

KAKITANGAN Imigresen Pulau Pinang gembira ketika mendengar pembentangan bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Imigresen Pulau Pinang. 



                                                                             
                                                                                                            


Selasa, 25 September 2012

Nantikan Hari Usahawan SKPR


Hari Usahawan Muda SKPR , Berilah Sokongan Anda Kepada Generasi Muda ini Menimba Ilmu Usahawan

Nantikan hari usahawan dan perasmian Laluan Nilam SK Pekan Rabu .... akan datang.
Pelbagai jaualan dan juadah , perasmian laluan nilam, pameran agensi-agensi tertentu dan permainan.

Isnin, 24 September 2012

My EPL Team

 Saya telah bersama kelab Liverpool sejak dari era 70an - dari zaman Kenny Dalglish , Ian Rush dan Sammy Lee. Zaman tu mana saja pasukan lawan dia ratah habis. Juara liga , juara eropah , Piala FA dan macam-macam lagi.
Tapi musim 2012 ini amat malang dan gelap sekali gah dan prestasi Liverpool. Kalah dengan MU semalam ... aduh . Ayuh bangkit Liverpool teruskan kemaraan kerana walau apapun keadaan kami tetap bersamamu. You'll never walk alone.
Yang lain tu... jangan mareh yer !!

Entri Pertama

Assalamualaikum wbt.
              Terima kasih di atas kunjungan tuan-tuan , saudara-saudari yang dihormati. Adalah dimaklumkan bahawa blog Sekolah Pekan Rabu ini masih dalam pembinaan dan belum lengkap sepenuhnya. Adalah diharapkan blog ini akan lebih baik dan tersusun mulai 1 Oktober ini. Oleh itu segala pandangan dan teguran tuan-tuan serta sahabat maya sekelian amat diharapkan bagi merealisasikan SKPR melangkah ke alam siber seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Sekian Harap Maklum.