PROGRAM BESAR

20 Feb 2013 : 8.30 pagi: Kejohanan Merentas Desa MSSD H.Perak ( Rendah ) 2013 . Bertempat di Trek Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu . Selamat Datang dan Selamat Bertanding semua peserta merentas desa seluruh Daerah Hilir Perak.

Isnin, 18 Februari 2013

Litar Merentas Desa Daerah Hilir Perak 2013.


Kejohanan yang julung kalinya dilansungkan di peringkat daerah dan warga SK Pekan Rabu berbangga dipilih menjadi tuan rumah kali pertama ini. Harapan kami segalanya berjalan dengan lancar dan terbaik dari kami. Jika diberikan peluang akan kami anjurkan kejohanan yang lebih gemilang di tahun hadapan.

SK Pekan Rabu : 1 Rahmat, Sepakat Melakar Kecemerlangan.

Selasa, 22 Januari 2013

MESYUARAT MERENTAS DESA DAERAH

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN MERENTAS DESA SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK 2013 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Rohayu Binti Abdullah   
Isnin, 21 Januari 2013 23:44
Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
(Pengerusi Olahraga Kelompok  1 – 8)

Tuan,
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat yang berikut:
                 Tarikh              :           23 Januari 2013 (Rabu).
                        Masa               :           3.00 petang.
                       Tempat            :           SK Pekan Rabu, Teluk Intan.
                       Pengerusi        :           Guru Besar SK Pekan Rabu.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan atau wakil sekolah tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.

p/s : Dipetik daripada portal PPD Hilir Perak .

GB SKPR  - Mengucapkan selamat datang ke SKPR dan selamat bermesyuarat kepada semua yang terlibat. Moga kehadiran tuan/puan menyemarakkan semagat warga SKPR menganjurkan pertandingan merentas desa daerah julung kalinya di adakan.
Harapan juga kepada warga SKPR dapat menunjukkan komitmen terbaik bagi pengajuran ini.










Rabu, 31 Oktober 2012

Mesyuarat Pengurusan Akhir Tahun


SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN RABU
36000 TELUK INTAN
ABA 5067
TARIKH : 31 OKT 2012

___________________________________________________________

    Kepada Semua Guru dan Kaki tangan SKPR

    MESYUARAT PENGURUSAN AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2012

     Perkara di atas adalah dirujuk .
     Sukacita dimaklumkan satu mesyuarat seperti di atas akan di adakan mengikut ketetapan seperti berikut :
                                   Tarikh : 1 November 2012
                                    Hari    :   Khamis
                                    Masa : 2.45 petang
                                    Tempat  : Makmal Komputer SKPR.
    Sehubungan dengan itu tuan/puan/cik adalah dijemput hadir ke mesyuarat di atas dan kehadiran tuna/puan adalah wajib.

   Sekian, terima kasih.

  Saya yang menurut perintah :

   .............................................. 
   MOHAMED BIN CHE REE
   GURU BESAR,
   SK. PEKAN RABU.