PROGRAM BESAR

20 Feb 2013 : 8.30 pagi: Kejohanan Merentas Desa MSSD H.Perak ( Rendah ) 2013 . Bertempat di Trek Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu . Selamat Datang dan Selamat Bertanding semua peserta merentas desa seluruh Daerah Hilir Perak.

Isnin, 18 Februari 2013

Litar Merentas Desa Daerah Hilir Perak 2013.


Kejohanan yang julung kalinya dilansungkan di peringkat daerah dan warga SK Pekan Rabu berbangga dipilih menjadi tuan rumah kali pertama ini. Harapan kami segalanya berjalan dengan lancar dan terbaik dari kami. Jika diberikan peluang akan kami anjurkan kejohanan yang lebih gemilang di tahun hadapan.

SK Pekan Rabu : 1 Rahmat, Sepakat Melakar Kecemerlangan.

Selasa, 22 Januari 2013

MESYUARAT MERENTAS DESA DAERAH

MESYUARAT JAWATANKUASA PENGELOLA PERTANDINGAN MERENTAS DESA SEKOLAH RENDAH DAERAH HILIR PERAK 2013 PDF Cetak E-mail
Ditulis oleh Rohayu Binti Abdullah   
Isnin, 21 Januari 2013 23:44
Guru Besar,
Sekolah-Sekolah Rendah,
Daerah Hilir Perak.
(Pengerusi Olahraga Kelompok  1 – 8)

Tuan,
Dengan hormatnya, perkara di atas dirujuk untuk perhatian dan tindakan tuan.
2.         Sukacita dimaklumkan bahawa mesyuarat tersebut akan diadakan seperti maklumat yang berikut:
                 Tarikh              :           23 Januari 2013 (Rabu).
                        Masa               :           3.00 petang.
                       Tempat            :           SK Pekan Rabu, Teluk Intan.
                       Pengerusi        :           Guru Besar SK Pekan Rabu.

4.         Sehubungan dengan itu, tuan atau wakil sekolah tuan dijemput menghadiri mesyuarat tersebut.
Sekian, terima kasih.

p/s : Dipetik daripada portal PPD Hilir Perak .

GB SKPR  - Mengucapkan selamat datang ke SKPR dan selamat bermesyuarat kepada semua yang terlibat. Moga kehadiran tuan/puan menyemarakkan semagat warga SKPR menganjurkan pertandingan merentas desa daerah julung kalinya di adakan.
Harapan juga kepada warga SKPR dapat menunjukkan komitmen terbaik bagi pengajuran ini.