PROGRAM BESAR

20 Feb 2013 : 8.30 pagi: Kejohanan Merentas Desa MSSD H.Perak ( Rendah ) 2013 . Bertempat di Trek Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu . Selamat Datang dan Selamat Bertanding semua peserta merentas desa seluruh Daerah Hilir Perak.

Jumaat, 28 September 2012

BERITA BAIK BUDGET 2013

BERITA BAIK BUDGET 2013 , BR1M , BAUCER BUKU, BANTUAN PERSEKOLAHAN , 1 SETENGAH BULAN BONUS, PELEPASAN CUKAI RM 6,000 DAN LALIN-LAIN.

Syukur Alhamdulillah ..... berita baik dan amat menggembirakan bagi semua rakyat Malaysia yang tercinta, imbuhan yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Saya petik beberapa reaksi pantas dari sumber-sumber akbar tempatan.


Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Utusan Malaysia  6.57 petang (Sumber Bernama)


Penjawat awam terima tambahan bonus satu bulan, pesara RM500
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu.
Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. 
 Berita Harian 7.11 petang (Sumber Bernama)

Foto : Asman Ibrahim (28/09/2012)

KAKITANGAN Imigresen Pulau Pinang gembira ketika mendengar pembentangan bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Imigresen Pulau Pinang. 



                                                                             
                                                                                                            


Tiada ulasan:

Catat Ulasan