PROGRAM BESAR

20 Feb 2013 : 8.30 pagi: Kejohanan Merentas Desa MSSD H.Perak ( Rendah ) 2013 . Bertempat di Trek Merentas Desa Sekolah Kebangsaan Pekan Rabu . Selamat Datang dan Selamat Bertanding semua peserta merentas desa seluruh Daerah Hilir Perak.

Rabu, 31 Oktober 2012

Mesyuarat Pengurusan Akhir Tahun


SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN RABU
36000 TELUK INTAN
ABA 5067
TARIKH : 31 OKT 2012

___________________________________________________________

    Kepada Semua Guru dan Kaki tangan SKPR

    MESYUARAT PENGURUSAN AKHIR TAHUN SESI PERSEKOLAHAN 2012

     Perkara di atas adalah dirujuk .
     Sukacita dimaklumkan satu mesyuarat seperti di atas akan di adakan mengikut ketetapan seperti berikut :
                                   Tarikh : 1 November 2012
                                    Hari    :   Khamis
                                    Masa : 2.45 petang
                                    Tempat  : Makmal Komputer SKPR.
    Sehubungan dengan itu tuan/puan/cik adalah dijemput hadir ke mesyuarat di atas dan kehadiran tuna/puan adalah wajib.

   Sekian, terima kasih.

  Saya yang menurut perintah :

   .............................................. 
   MOHAMED BIN CHE REE
   GURU BESAR,
   SK. PEKAN RABU.



Sabtu, 13 Oktober 2012

Salam Takziah

Salam Takziah kepada salah seorang guru SKPR yang kehilangan ayah mertuanya disaat persiapan akhir Hari Usahawan dan Perasmian Laluan Nilam. Sesungguhnya dari Allah kita datang dan kepdaNya jua kita kembali ... Takziah kepada Pn. Nor Arniza bt. Zainon dan suami serta keluarga.
Alfatihah ......

Sabda Rasulullah s.a.w : ‘’Hendaklah kamu mengingati mati kerana mengingati mati itu boleh menghapuskan dosa dan mendorong seseorang itu zuhud di dunia’’.


Perasmian Laluan Nilam


 Suasana Awal Pagi Hari Usahawan Dan Perasmian Laluan Nilam,
  
 
                                 Sudut Paint ball                                        Gerai 10, 11 dan 12
                                    Happy makan burger                        Sudut dari tingkat 1
                                       Khemah utama                                      Paint-ball
                                       Head gear paint ball                           Senapang angin
 
                                     Target -sasaran p-ball                             Atok Wahid
 
                                       DJ Dan Wife GB                       Hebat - ayah dan anak tembat.
 
                                        GB SK Chikus                             Persembahan Silat Lincah
 
                                                         Pendekar - Pendekar Silat Lincah
                                Persembahan regu tempur                      Last sekali jamuan.


Rabu, 10 Oktober 2012

Kursus Pembimbing Rakan Sekerja (PERASA)

Live dari Dewan Kulaih Semarak :
Hari ini merupakan hari akhir kursus 'Perasa' . Kursus dimulakan dengan slot oleh Tn.Hj. Razmi , kemudian diikuti dengan penerangan ringkas oleh Tn.Hj.Yusuff pengarah IAB (Perak).Beliau menerangkan mengenai maklumat IAB Perak dan kursus yang ditawarkan - malah beliau juga membuka peluang kepada warga pendidikan yang berminat untuk menjadi pensyarah di IAB Perak (Kampus Tengah)hampir 30 kekosongan. Kampus ini akan mendapat tempat baharu di Simpang, Taiping .Mulai tahun depan IAB Kampus Tengah akan mengendalikan kursus NPQH untuk 1,000 calon dengan kos RM 4 juta . Maka tuan-tuan dan puan-puan rebutlah peluang keemasan ini.

 

Khamis, 4 Oktober 2012

Mesyuarat KIK SKPR


Assalamualaikum WBT.
Kepada guru-guru di bawah harap dapat menghadirkan diri ke mesyuarat Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) SK Pekan Rabu pada :
                                            Tarikh : 5 Okt 2012
                                            Tempat : Bilik Mesyuarat MK.
                                            Masa  :  11.00 pg
                                            Pengerusi : Guru Besar.
                                            Senarai guru yang terlibat :

                                                             Tn.Hj. Mohd. Fauzi b. Darus -PK Pentadbiran.
                                                             En. Ibrahim b. Khalid - PK Hem.
                                                             En. Azhar b. Mohd Hashim - PK Koku
                                                             Tn.Hj. Sazalli b. Mohd. Yusof  - Pengerusi BAKA.
                                                             Pn. Suzanna bt. Yahaya - Bendahari PIBG.
                                                             En. Hamdan b. Yusof  - Penyelaras ICT.
                                                             En. Shamsul Anuar b. Sabrun - Guru Data.
                                                             Pn. Nor Arniza bt. Zainon - Guru H/C.
                                              En. Mohd. Aizam b. Ghazali - Peny. Peperiksaan Awam

                                 Perkara Perbincangan :
                                 1. Perbincangan Keberkesanan Perancangan Strategik 2011-2013.
                                 2. Perancangan pencapaian SKT 2012.
                                 3. Pemantauan dan WAYS.
                                 4. Hal-hal lain.

  Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah.
GB SK Pekan Rabu

UNGU - SAYANG

 

 Intro : C G F G
         C G F C G


Cm           G

Entah, harus dari mana
   F         G      C
Ku memulai kata-kataku
G C            G
Resah, gelisah tak menentu
F             G     C
Dari jauh lubuk hatiku

C G F G C


C            G

Bukan, bukan keinginank
                      F         Am          C                             
Tuk mencoba meninggalkanmu
G C            G
Namun tak bisa ku jelaskan
 F            G     C
Aku takut menyakitimu
   
Am             G               F
Berat rasanya, berat rasanya untuk..
Dm                            F  G
Ungkapkan kata, meski melawan hati

C       G

Sayang, maafkan
F    C
Aku ingin putus
C      G
Sayang maafkan
F    G       C
Kita harus putus

Int : C G Am Bm

      Em F G C


Chord Gitar dan Lirik Lagu Acak :
 lagi lirik disini 

Ahad, 30 September 2012



SURAT SIARAN MEMPERKASAKAN PEMBANGUNAN SAHSIAH DIRI MURID  SEKOLAH-SEKOLAH NEGERI PERAK


"1 MALAYSIA: MASYARAKAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN" 
                                                                                    Rujukan Kami : J.Pel.Pk.(HEM) 5128/5/7/Jld II(38)
                                                                                    Tarlkh : 24 September 2012
Semua Pengetua Sekolah Menengah
Semua Guru Besar Sekolah Rendah
Negeri Perak
Tuan,
MEMPERKASA PENGURUSAN PEMBANGUNAN SAHSIAH MURID SEKOLAH.SEKOLAH NEGERI PERAK
Sukacitanya saya merujuk perkara di atas dan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Induk Pembangunan Kemanusiaan, Jabatan Pelajaran Perak Bt.Zl 20L2 pada 27-29 Ogos 2012 bertempat di Hotel Taiping Perdana, Taiping yang dipengerusikan oleh Tlmbalan Pengarah Pelajaran Perak yang dihadiri oleh semua Ketua Sektor Jabatan Pelajaran Perak dan semua


Sila klik   Tindakan HEM

Terima Kasih

Diploma Perguruan j-QAF


DIPLOMA PERGURUAN LEPAS IJAZAH SEKOLAH RENDAH (DPLI-SR) j-QAF
(sebelum ini dikenali sebagai Kursus Pengurusan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (KPLI-SR) j-QAF)

MOD LATIHAN PERGURUAN BERASASKAN SEKOLAH (LPBS)AMBILAN TAHUN 2013


Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mempelawa calon yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Diploma Perguruan Lepas Ijazah Sekolah Rendah (DPLI-SR) j-QAF Mod Latihan Perguruan Berasaskan Sekolah (LPBS) di Institut Pendidikan Guru (IPG), KPM.

1. KETERANGAN PROGRAM

Jumaat, 28 September 2012

BERITA BAIK BUDGET 2013

BERITA BAIK BUDGET 2013 , BR1M , BAUCER BUKU, BANTUAN PERSEKOLAHAN , 1 SETENGAH BULAN BONUS, PELEPASAN CUKAI RM 6,000 DAN LALIN-LAIN.

Syukur Alhamdulillah ..... berita baik dan amat menggembirakan bagi semua rakyat Malaysia yang tercinta, imbuhan yang diumumkan oleh Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan. Saya petik beberapa reaksi pantas dari sumber-sumber akbar tempatan.


Bajet 2013: Tambahan bonus sebulan gaji kakitangan awam

KUALA LUMPUR 28 Sept. - Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang telah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lepas, Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember manakala setengah bulan lagi pada Januari depan.

Utusan Malaysia  6.57 petang (Sumber Bernama)


Penjawat awam terima tambahan bonus satu bulan, pesara RM500
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.3 juta penjawat awam akan menerima bonus sebulan gaji manakala pesara akan menerima RM500, demikian diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berkata, bonus sebulan itu sebagai tambahan kepada setengah bulan gaji yang sudah dibayar sebelum perayaan Aidilfitri yang lalu.
Bayaran bonus itu akan dibuat sebanyak dua kali iaitu setengah bulan pada bulan Disember ini manakala setengah bulan lagi pada Januari depan. 
 Berita Harian 7.11 petang (Sumber Bernama)

Foto : Asman Ibrahim (28/09/2012)

KAKITANGAN Imigresen Pulau Pinang gembira ketika mendengar pembentangan bajet 2013 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Pejabat Imigresen Pulau Pinang. 



                                                                             
                                                                                                            


Selasa, 25 September 2012

Nantikan Hari Usahawan SKPR


Hari Usahawan Muda SKPR , Berilah Sokongan Anda Kepada Generasi Muda ini Menimba Ilmu Usahawan

Nantikan hari usahawan dan perasmian Laluan Nilam SK Pekan Rabu .... akan datang.
Pelbagai jaualan dan juadah , perasmian laluan nilam, pameran agensi-agensi tertentu dan permainan.

Isnin, 24 September 2012

My EPL Team

 Saya telah bersama kelab Liverpool sejak dari era 70an - dari zaman Kenny Dalglish , Ian Rush dan Sammy Lee. Zaman tu mana saja pasukan lawan dia ratah habis. Juara liga , juara eropah , Piala FA dan macam-macam lagi.
Tapi musim 2012 ini amat malang dan gelap sekali gah dan prestasi Liverpool. Kalah dengan MU semalam ... aduh . Ayuh bangkit Liverpool teruskan kemaraan kerana walau apapun keadaan kami tetap bersamamu. You'll never walk alone.
Yang lain tu... jangan mareh yer !!

Entri Pertama

Assalamualaikum wbt.
              Terima kasih di atas kunjungan tuan-tuan , saudara-saudari yang dihormati. Adalah dimaklumkan bahawa blog Sekolah Pekan Rabu ini masih dalam pembinaan dan belum lengkap sepenuhnya. Adalah diharapkan blog ini akan lebih baik dan tersusun mulai 1 Oktober ini. Oleh itu segala pandangan dan teguran tuan-tuan serta sahabat maya sekelian amat diharapkan bagi merealisasikan SKPR melangkah ke alam siber seiring dengan perkembangan teknologi terkini.

Sekian Harap Maklum.